Wednesday 18 September 2013

Sarikei Sarawak

Sarikei adalah bukan nama asing bagi rakyat tempatan di Sarawak kerana  Sarikei merupakan daerah persinggahan utama khasnya kepada pengguna jalan darat dan laut dari Kuching dan Sibu.Terletak di pertengahan jalan Trans-Borneo dan Sungai RAjang,Sarikei tidak pernah lengang daripada menerima kunjungan orang luar,sama ada pengunjung yang mahu singgah sekejab setelah seharian penat memandu ataupun pelawat yang ingin mencari ketenangan dengan menginap beberapa malam di Sarikei. Antara tmpat yang menarik ada di sarikei adalah Taman Rimba Sebangkoi. Kawasan seluas 13 hektar ini merupakan kawasan yang sesuai untuk merehatkan fikiran serta lari dari kesibukan harian. Di sana anda boleh merasai sejuknya air Sungai Sebangkoi. Terdapat kemudahan rumah tumpangan,taman permainan kanak-kanak, tempat berbeku (BBQ) dan jambatan kayu serta tandas. Taman rimba ini juga telah dipilih sebagai pusat istirehat dan rekreasi (Rest & Recreation Commercial Centre) sebagai salah satu tempat persinggahan di sepanjang laluan Pan-Borneo. Selain itu,Sarikei juga dikenali sebagai ‘bakul makanan’. Makanan di sarikei mempunyai keunikannya yang tersendiri yang wajib dicuba oleh pelbagai lapisan masyarakat. Antaranya adalah sesar unjur. Sesar unjur sejenis makanan yang popular dalam kalangan kaum melanau. Sesar unjur diperbuat daripada udang yang sudah dikopek kulitnya. Sarikei juga sinonim dikenali sebagai Pekan Nenas keran buah nanas sangat banyak di Sarikei dan isinya juga manis.



BUKIT SEBANGKOI

CARA MEMBUAT SESAR UNJUR

SESAR UNJUR

1 comment: