Wednesday 18 September 2013

Pusat Kebudayaan Murut di Tenom, Sabah

Pusat Kebudayaan Murut ini terletak di Kampung Inalisan Pulong iaitu kira-kira 13 km dari pekan Tenom. Bangunan ini mula dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1996. Pusat Kebudayaan Murut Sabah ini telah beroperasi sejak 01 Januari 1998 dibawah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan berfungsi untuk pengurusan dan pentadbiran, pusat pameran yang merangkumi aspek kehidupan, sejarah dan perkembangan budaya bangsa Murut, tempat pementasan kebudayaan dan tempat mesyuarat/seminar/bengkel. Penduduk Daerah Tenom majoritinya adalah terdiri dari suku Kaum Murut yang kaya dengan kebudayaannya. Tarian merupakan aspek terpenting dalam kebudayaan suku kaum Murut. Antaranya ialah Tarian Lumigo dan Ansayau yang kebiasaannya ditarikan semasa menyambut tetamu.

Tarian semasa menyambut kedatangan tetamu

Selain daripada itu, terdapat juga tarian daripada suku kaum yang lain seperti Kadazan/Dusun dan Lundayeh . Kerana itu pembinaan Pusat Kebudayaan Murut ini adalah satu langkah yang baik ke arah pengekalan budaya sesuatu kaum agar tidak hilang ditelan zaman. Pelawat akan berpeluang untuk menyaksikan tarian-tarian ini terutamanya sekali pada musim Perayaan Pesta Kalimaran dan Pesta Kamataan

Pesta Kaamatan / Pesta Menuai
 .

No comments:

Post a Comment